Hartal Doktor Kontrak gesa kerajaan semak elaun 'on-call'

Iklan
Kerajaan digesa supaya segera menyemak elaun tugas atas panggilan atau on-call untuk doktor seiring dengan dengan peningkatan inflasi dan kos sara hidup yang turut ditanggung petugas kesihatan. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kerajaan digesa supaya segera menyemak elaun tugas atas panggilan atau on-call untuk doktor seiring dengan dengan peningkatan inflasi dan kos sara hidup yang turut ditanggung petugas kesihatan.

Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, kali terakhir kadar elaun tersebut disemak lebih sedekad lalu.

Iklan
Iklan

"Kali terakhir ia disemak pada 2012 dan ia tidak lagi mencukupi memandangkan peningkatan tanggungjawab dan tekanan inflasi yang dihadapi oleh profesional perubatan.

"Isu ini mesti ditangani dengan segera bagi mengelakkan penghijrahan doktor ke sektor swasta yang berupaya menjejaskan sistem penjagaan kesihatan awam," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kenyataan media HDK pada Selasa berhubung isu elaun on call.

Iklan

Menurutnya, kerajaan perlu melihat bahawa perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan sebagai pelaburan masa hadapan untuk negara ini.

HDK dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat pelarasan gaji kepada penjawat awam di negara ini.

Iklan

Ujarnya, kenaikan gaji ini sudah pasti akan meningkatkan semangat pekerja penjagaan kesihatan untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

"Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas komitmen mereka untuk meningkatkan kebajikan penjawat awam," katanya.

Anwar baru-baru ini mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi.

Katanya, pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula 1 Disember ini manakala fasa kedua bermula 1 Januari 2026.