Anwar adakan pertemuan dengan tiga syarikat utama India

Iklan
Anwar mengadakan pertemuan dengan wakil TCS diwakili presidennya (bahagian perniagaan dan akaun strategik, pasaran pertumbuhan) Ujjwal Mathur. Foto Bernama

NEW DELHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengadakan pertemuan dengan wakil daripada tiga syarikat utama India iaitu Tata Consultancy Services (TCS), Emami Agrotech Ltd dan HCL Tech, di sini.

TCS, syarikat perkhidmatan teknologi maklumat (IT), perundingan dan penyelesaian perniagaan diwakili presidennya (bahagian perniagaan dan akaun strategik, pasaran pertumbuhan) Ujjwal Mathur.

Iklan
Iklan

Emami Agrotech Ltd, yang merupakan pemain utama dalam sektor minyak boleh dimakan dan produk makanan India diketuai pengarah eksekutifnya, Manush Goenka manakala HCL Technologies, syarikat perkhidmatan IT dan perundingan terkemuka dunia diwakili pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif globalnya, C Vijaykumar.

Turut hadir semasa mesyuarat itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Digital, Gobind Singh Deo; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India, Datuk Muzafar Shah Mustafa.

Iklan

Susulan mesyuarat tersebut, Anwar, yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menghadiri sesi meja bulat dengan pemimpin industri India, diikuti seterusnya mesyuarat dengan J P Nadda, presiden parti pemerintah India, BJP.

Perdana Menteri juga hari ini akan ditemu bual secara eksklusif oleh India Today, majalah berita berbahasa Inggeris negara itu.

Iklan

Kemudiannya, Anwar akan bertemu dengan para pemimpin Islam India sebelum mengakhiri lawatan beliau dengan mengadakan sidang akhbar bersama media Malaysia.

Lawatan rasmi tiga hari Anwar ke India berakhir hari ini. - Bernama