Siti Saleha lebih hati-hati kongsi aktiviti di media sosial

Iklan
Sally mengakui berhati-hati dalam berkongsi perkara peribadi.

AKTRES berdarah kacukan, Siti Saleha mengakui lebih peka dan berhati-hati dalam berkongsi apa sahaja aktiviti di media sosial, terutamanya melibatkan sesi siaran langsung.

Jelas pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum itu, sesi siaran langsung itu mendedahkan individu kepada bahaya yang tidak terjangka.

Iklan
Iklan

"Saya rasa bila anda buat siaran langsung, orang boleh tahu keberadaan anda.

"Atas sebab itu, saya jarang buat siaran langsung dan kongsi keadaan persekitaran rumah saya.

Iklan

"Kita kena bijaklah berkongsi aktiviti di media sosial,” katanya.

Sally kembali bergandingan dengan Remy Ishak dalam The Secret.
Saleha, 34, berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama siri terbaharu lakonannya, The Secret untuk tayangan platform penstriman, Viu.

Iklan

Selain Saleha, siri berkenaan turut dibintangi Remy Ishak, Sara Mack Lubis, Ellyza Azizi, Ucop, Nadiya Nisaa, Amir Nafis, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Menyedari situasi semasa dan kes jenayah yang tinggi tidak kira di dalam dan luar negara, Saleha berkata, setiap individu haruslah peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mudah leka.

Katanya, penting untuk setiap individu lebih berhati-hati apabila berada di luar dan tidak berdiam diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Sedih bila baca berita semasa. Apa yang boleh saya katakan bila berada di luar kena beringat. Kalau tahu tempat yang dituju tidak selamat, elakkan.

"Walaupun pun saya ada asas Muay Thai, bila ke mana-mana saya akan ditemani pengurus atau kawan-kawan. Cuma kalau beli barang dapur atau isi minyak, saya tidak kisah buat sendiri, yang penting buat pada waktu siang.

"Apa yang penting, sekiranya jadi mangsa jenayah, laporkan... tidak kiralah anda perempuan atau lelaki. Jangan diamkan diri kerana kelak akan mengganggu kesihatan mental,” ujarnya.

Sally mengakui berhati-hati dalam berkongsi perkara peribadi.

Berbeza

Dalam pada itu, berkongsi penglibatannya dalam The Secret arahan Jason Chong, Saleha berkata, siri lapan episod itu memaparkan sebuah jalan cerita yang berat, namun seiring dengan isu semasa.

Memegang watak pensyarah, Johanna, naskhah berkenaan turut sarat dengan emosi.

"Dalam siri ini akan diceritakan siapa Johanna dan konflik yang dihadapinya selepas menyedari dia hamil anak pertama.

"Dalam masa sama, dia rasa bertanggungjawab untuk mencari punca kematian pelajarnya, Liya dan Johanna juga perlu berdepan dengan trauma kisah silamnya.

"Walaupun jalan cerita ini nampak sama, tetapi ia berbeza dengan kupasan yang lebih mendalam dan berat,” katanya.