Pembedahan pertama di Melaka guna sistem robotik Da Vinci Xi

Iklan
Perunding Urologi, Dr Yang Jin Rong menggunakan sistem Da Vinci Xi pada pembedahan berkenaan.

MELAKA - Hospital Pantai Ayer Keroh di sini telah berjaya melakukan pembedahan pertama dengan sistem pembedahan bantuan robotik canggih iaitu Da Vinci Xi.

Kejayaan itu dicapai menerusi pembedahan prostatektomi ke atas pesakit kanser prostat di mana, pembedahan itu membabitkan prosedur membuang 'prostate gland', 'seminal vesicles' dan 'lymph nodes'.

Iklan
Iklan

Perunding Urologi yang menjalankan pembedahan berkenaan, Dr Yang Jin Rong berkata, dengan sistem pembedahan bantuan robot Da Vinci Xi, pakar bedah dapat melakukan pembedahan dengan lebih tepat dan stabil.

Sistem bantuan pembedahan robotik, Da Vinci Xi.

"Ia termasuklah dapat mengurangkan kehilangan darah, mengurangkan kesakitan dan pemulihan yang lebih cepat kepada pesakit," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata, sistem Da Vinci Xi memberi impak besar dalam sistem kesihatan kerana ia dapat menggabungkan kepakaran pakar bedah dengan ketepatan robotik dalam pembedahan.

Perunding Urologi, Dr Yang Jin Rong menggunakan sistem Da Vinci Xi pada pembedahan berkenaan.

Katanya, sistem itu juga mempunyai kecekapan luar biasa dan mampu melangkaui batasan tangan manusia.

Iklan

"Hospital Pantai Ayer Keroh adalah yang pertama di Melaka memperkenalkan sistem pembedahan bantuan robotik Da Vinci Xi yang canggih.

"Dengan memperkenalkan Da Vinci Xi, kami membawa teknologi pembedahan terkini ke Melaka.

"Ini dapat membantu pesakit mendapatkan rawatan lebih baik, selain ia juga berupaya meletakkan satu aras baharu dalam kejayaan pembedahan," katanya.