Warga emas hilang ditemui di kebun halia

Iklan
Mangsa selamat diserahkan kepada pihak keluarganya untuk tindakan lanjut.

KOTA BELUD - Seorang warga emas lelaki yang dilaporkan hilang pada petang Selasa ditemukan selamat.

Mangsa, Akun Kalawot, 80, ditemukan ditemukan pada jam 3.10 petang oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan kebun halia dalam keadaan lemah.

Akun Kalawot ditemukan ditemukan di kawasan kebun halia dalam keadaan lemah.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa di kawasan hutan pada jam 7.12 pagi Selasa.

"Menurut jirannya, mangsa yang kurang sihat mengalami masalah nyanyuk telah keluar dari rumahnya ke kawasan hutan.

Iklan

"Mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya mula membuat pencarian bersama penduduk kampung pada jam 5.30 petang hingga jam 10.30 malam tadi, namun masih tidak menemui mangsa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Akun Kalawot diberikan rawatan oleh EMRS.

Katanya lagi, ahli keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum memaklumkan kepada pihak bomba.

Iklan

"Seramai enam anggota dikejar ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

"Pada jam 3.10 petang, mangsa akhirnya ditemui oleh pihak polis di kawasan kebun halia iaitu kira-kira lima kilometer dari rumahnya," katanya.

Mohamad Nor berkata, mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.