Proses mohon lesen media sosial hanya 3 hingga 5 hari bekerja - Fahmi

Iklan
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media Mingguan Kabinet pada Rabu. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Komunikasi hari ini memberi jaminan bahawa proses permohonan lesen untuk membolehkan penyedia platform media sosial beroperasi di negara ini tidak sukar, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan proses permohonan lesen itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Kementerian Komunikasi dijangka menerima permohonan mendapatkan lesen daripada pengendali platform media sosial sekitar Oktober atau November ini.

"Kita beri jaminan kepada (penyedia) platform media sosial, memandangkan yang kita kenakan ini adalah ‘Class License’ maka prosesnya tidak sukar dibandingkan dengan ‘Individual License’.

Iklan

"Kalau ‘Individual License’ mungkin akan ambil masa beberapa bulan untuk diproses tetapi bagi ‘Class License’, MCMC memaklumkan akan ambil masa tiga hingga lima hari bekerja,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan pada 1 Ogos dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.

Iklan

Pada 27 Julai lepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Sementara itu Fahmi berkata pihaknya sedang giat melaksanakan sesi libat urus berhubung pelesenan perkhidmatan media sosial serta garis panduan tatalaku bagi platform media sosial dengan pihak berkaitan.

"Untuk bangunkan kod tatakelakuan platform, ada perbincangan yang akan diadakan bersama semua platform media sosial iaitu semua pemegang taruh, termasuk badan bukan kerajaan, ahli akademik dan pelbagai pihak.

"Kita percaya ia dapat diselesaikan menjelang hujung Oktober ini. Pada masa sama, proses libat urus dengan platform media sosial diadakan bagi memastikan mereka faham proses mengenai pelesenan yang akan teruskan," katanya.

Merujuk kepada larangan penggunaan Telegram dalam kalangan penjawat awam di Belanda, Fahmi berkata kerajaan ketika ini belum mengambil sebarang ketetapan untuk melarang penjawat awam daripada menggunakan aplikasi itu.

Beliau berkata isu berkaitan keselamatan yang membabitkan penjawat awam, diuruskan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO).

"Kita belum mengeluarkan sebarang arahan, kebiasaannya aspek keselamatan ini diuruskan oleh CGSO, namun pada waktu ini kita belum menerima apa-apa arahan mengenainya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram kerana kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan risiko pengintipan.