Sampai masa Hamzah desak Muhyiddin berundur - Puad Zarkashi

Iklan
Mohd Puad Zarkashi

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin digesa agar mendesak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin undur diri setelah disifatkan gagal memohon keampunan daripada Sultan Pahang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kenyataan PN Pahang dan PN Pusat juga bercanggah.

Iklan
Iklan

"Kenapa bercanggah antara Hamzah dan Tuan Ibrahim? Hamzah berkata, Bersatu akan teliti dengan halus. Tapi Tuan Ibrahim kata semua Adun PN Pahang beri sokongan penuh kepada Tengku Mahkota Pahang yang mahu Muhyiddin disiasat.

"Pengerusi PN Pahang berhemah dan bersopan. Tetapi bos besar PN pula degil. Tengku Mahkota Pahang telah menyatakan kemurkaannya. Kenapa payah sangat Muhyiddin minta ampun," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Beliau juga menggesa agar Muhyiddin memelihara insititusi Raja Melayu.

"Tidak mungkin bekas PM dan masih bercita cita mahu jadi PM tidak boleh beradab dan mohon keampunan. Peliharalah Institusi Raja Melayu.

Iklan

"Sampai masanya Hamzah mendesak Muhyiddin undur diri. Tidak perlulah diteliti secara halus," katanya.