Dua beranak rentung MPV terbakar

Iklan
Kenderaan dipandu mangsa terbabas sebelum merempuh penghadang jalan.

KEPALA BATAS - Seorang bapa dan anak perempuannya berusia 3 tahun rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas dan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 120 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, manga membabitkan Yeap Boon Kwan, 23 dan anaknya, Yeap Jing Xuan dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

"MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki tiga beranak itu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbakar.

"Bagaimanapun, penumpang hadapan kenderaan itu, Chan Sin Yee, 29, yang juga isteri mangsa terselamat selepas berjaya keluar dari kenderaan itu," katanya.

Anggota bomba memadam kebakaran pada kenderaan mangsa.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, jentera dari Balai Bomba Kepala Batas bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Iklan

Menurutnya, dua mangsa yang rentung berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.