13 pekerja ECRL dari Wuhan diminta tangguh ke Malaysia

Iklan
Anthony Loke dan Darwish semasa melihat pelan jajaran perjalanan ECRL Negeri Sembilan.

SEREMBAN - 13 pekerja projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang juga warga China dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan pulang ke Malaysia buat sementara waktu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwish Abdul Razak berkata, cuti khas diberikan kepada pekerja asing itu selepas mereka pulang ke Wuhan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Kita tidak benarkan mereka pulang ke Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan koronavirus yang berlaku di Wuhan, China.

Anthony Loke (dua dari kanan) melihat pelan jajaran ECRL Negeri Sembilan di Seremban 2, hari ini.
Iklan

"Kita minta mereka tangguhkan perjalanan dulu, dan kita berikan mereka cuti khas sehingga keadaan ini (kes koronavirus) reda.

Iklan

Bagaimanapun, menurutnya, kerja-kerja projek berkenaan tidak terjejas dan ia berjalan seperti biasa kerana kebanyakan kerja awal sudah pun dilakukan oleh pekerja tempatan sedia ada," katanya.