TERENGGANU FC (TFC) menyingkap kempen Kejuaraan Piala Kelab Asia Tenggara dengan langkah kiri apabila dijinakkan wakil Kemboja, Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada Rabu.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak itu, skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner tewas 2-3 kepada Blue Saber tersebut.
Svay Rieng terlebih dulu memimpin separuh masa pertama dengan dua gol dijaringkan Gabriel Silva minit ke-12 diikuti jaringan Gabriel Silva (m-16).
Skuad Penyu berusaha bangkit separuh masa kedua menyaksikan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kembali gamat apabila pemain import dari Filipina, Manuel Ott mengurangkan defisit dengan gol minit ke-55.
Bagaimanapun kegembiraan penyokong tuan rumah tidak kekal lama apabila Min Ratanak kembali menjarakkan kedudukan pasukan pelawat dengan gol minit ke-80.
Skuad Penyu berusaha memberikan tentangan berjaya merapatkan kedudukan apabila Safawi Rashid berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-91.
Kejuaraan Piala Kelab Asia Tenggara melibatkan kelab Asia Tenggara disertai dua pasukan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam manakala Singapura dan Filipina diwakili satu kelab.
Naib juara Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC) dua kelab mewakili Malaysia dengan juara dan naib juara setiap kumpulan layak ke separuh akhir.
Terengganu diundi dalam Kumpulan A bersama wakil Thailand BG Pathum United, PSM Makassar (Indonesia), Dong A Thanh (Vietnam), Shan United (Myanmar) dan Svay Rieng (Kemboja).
Sementara itu, KL City bersama Buriram United (Thailand) Cong An Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya-Iloilo FC (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura) diundi dalam Kumpulan B.
Safawi (dua, kanan) diasak pemain Svay Rieng, Saret Krya pada aksi Piala Kelab Asia Tenggara 2024/25 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.