Hospital Pantai SP sumbang RM5,000 bantu pesakit

Iklan
Tio Bee Chan (dua dari kiri) menyumbangkan dana berjumlah RM5,000 kepada Lions Group Georgetown.

SUNGAI PETANI - Sejumlah RM5,000 berjaya dikumpulkan menerusi acara zumba Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024 untuk disalurkan kepada Lions Group Georgetown, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Sungai Petani dan Laguna Merbok, Tio Bee Chan berkata, tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bertujuan memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan di samping membantu golongan memerlukan mendapatkan rawatan perubatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga dilaksanakan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat selain mengurangkan kos perubatan bagi yang kurang bernasib baik.

Peserta zumba yang terlibat dalam Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024.

Jelasnya, dengan termeterai perjanjian persefahaman ini diharapkan lebih banyak program dapat dianjurkan pada masa akan datang dengan tujuan mengumpul dana dan membantu pesakit yang kurang berkemampuan.

Iklan

"Komitmen kami terhadap CSR adalah melalui usaha yang berterusan selain menekankan matlamat untuk memperkasakan dan menyokong komuniti berdekatan," tambahnya.

Peserta zumba Pantai SP Merdeka Charity Fitness 2024 bergambar kenangan semasa menyertai acara itu.

Pantai SP Merdeka Charity Fitness bermula dengan acara zumba bersama tujuh zin zumba bermula 7 malam mendapat penyertaan lebih 400 peserta terdiri daripada ahli komuniti dan orang ramai sekitar negeri ini.

Iklan

Selain program amal zumba, pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah dan lain-lain.

Untuk maklumat terkini mengenai program dan aktiviti Pantai Hospital Sungai Petani, layari https://www.facebook.com/pantaihospitalsungaipetani.https://www.facebook.com/pantaihospitalsungaipetani