GRO 'gred A' beri layanan istimewa dibayar hingga RM20,000

Iklan
Antara wanita warga asing yang ditahan JIM dalam serbuan di premis hiburan di sebuah bangunan pejabat di ibu negara pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Pusat karaoke yang berselindung di bangunan pejabat dengan menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga China di Jalan Raja Chulan, di sini, digempur pada Khamis.

Iklan
Iklan

Operasi bermula jam 12.45 tengah malam itu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama JIM Melaka hasil risikan selama dua bulan.

Sinar Harian yang menyertai operasi itu difahamkan GRO 'gred A' itu dibayar tip serendah RM1,000 hingga RM20,000 dengan kalungan selempang bunga sekiranya dapat memberi layanan istimewa kepada pelanggan.

Iklan

Sepanjang operasi, terdapat beberapa GRO ini cuba bersembunyi di tingkat yang sedang direnovasi dan sebalik meja kaunter.

Antara wanita warga asing yang ditahan JIM dalam serbuan di premis hiburan di sebuah bangunan pejabat di ibu negara, pada Khamis.

Beberapa unit kondom juga ditemui di bilik karaoke dipercayai untuk aktiviti tidak bermoral.

Iklan

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata, serbuan dijalankan ke atas empat pusat KTV di bangunan 21 tingkat itu dan 300 individu telah diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan, JIM menahan 213 individu iaitu 14 tempatan dan 199 disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 109 wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Wanita China cuba menyorok di tempat yang sedang direnovasi semasa serbuan JIM di premis hiburan di sebuah bangunan di Kuala Lumpur pada Khamis.

"Warga asing yang ditahan terdiri daripada 186 warga China, Kemboja (2), Hong Kong (2), Bangladesh (1), Pakistan (1), Sierra Leon (1), Myanmar (1), Thailand (1), Taiwan (1), Indonesia (1), Antigua and Barbuda (1) dan Saint Kitts and Nevis (1).

"Siasatan awal kesemua wanita China disyaki GRO yang dibawa oleh pengunjung premis sebagai teman berhibur," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan di sini pada Khamis.

Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

JIM menggempur empat premis hiburan dan menahan 213 individu pelbagai warganegara di premis KTV, Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata, soal siasat mengesyaki bilik karaoke itu berharga serendah RM4,000 hingga RM30,000 yang beroperasi bermula 11 malam hingga 4 pagi.

Katanya, rata-rata warga asing yang ditahan ini masuk ke Malaysia sebagai pelancong dan antara kesalahan yang dilakukan mereka ialah tinggal lebih masa, salah guna pas serta tiada dokumen perjalanan sah.

Tambah Jafri, tindakan tegas juga diambil terhadap warga tempatan yang ditahan dipercayai menggajikan warga asing dan JIM sama sekali tidak bersekongkol dengan mereka ini.

JIM menahan 107 wanita China dipercayai GRO dalam serbuan premis KTV di ibu negara pada Khamis.

"Fokus kami adalah untuk ambil tindakan tegas untuk pihak majikan lindungi PATI.

"Tanpa majikan yang gajikan PATI, kebanjiran PATI tidak akan berlaku dan tindakan akan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.