Pemuda UMNO tubuh jawatankuasa pantau prestasi wakil rakyat

Iklan
Dr Akmal Saleh ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebuah Jawatankuasa Pemantauan Prestasi Wakil Rakyat Pemuda UMNO ditubuhkan bagi memastikan lima pemimpin daripada sayap parti itu mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, jawatankuasa berkenaan akan diketuai setiausaha sayapnya, Hafiz Ariffin.

Iklan
Iklan

"Semua akan ada kad laporan untuk kita nilai sama ada prestasi mereka cemerlang atau sebaliknya.

"Kita hendak membuktikan kita benar-benar ikhlas, benar-benar erti us hendak melahirkan wakil rakyat dalam kalangan pemuda yang bergelar yang berkhidmat bukan sahaja yang berhormat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Sementara itu, Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Suara Pemuda UMNO Felda.

Iklan

Menurutnya, jawatankuasa itu akan di ketua Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO, Aznan Tamin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat.

"Jawatankuasa sini ditubuhkan sebagai bukti kita benar-benar ambil berat tentang anak-anak Felda. Ia akan digerakkan di semua cawangan Pemuda UMNO yang ada di Felda di seluruh negara.

"Saya bagi tempoh kepada Yang Berhormat Aznan enam bulan daripada hari ini untuk gerakkan keseluruhan jentera Pemuda UMNO di setiap Felda untuk kita kumpulkan isu dibangkitkan.

"Kemudiannya, isu yang dibangkitkan oleh generasi baharu Felda ini akan dihimpunkan dalam Konvensyen Pemuda UMNO Felda pada penghujung tempoh enam bulan itu nanti,” katanya.