Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat

Iklan
Anggota polis melakukan kawalan di gelanggang acara Pencak Silat Sukma 2024 di Stadium Bandaraya Miri yang berlangsung tanpa kehadiran penonton semasa tinjauan pada Khamis. (Gambar kecil: Alexson Naga Chabu) Foto Bernama

MIRI - Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Iklan
Iklan

"Polis telah menerima satu laporan daripada pihak jawatankuasa terlibat dengan penganjuran Sukma berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya pada masa sama akan meningkatkan keanggotaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan

Terdahulu, tinjauan Bernama mendapati sejumlah anggota polis melakukan kawalan di gelanggang sukan silat yang berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Acara Putri Kelas 45 kilogram ke bawah antara pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia Mohd Masran petang semalam dicemari insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang.

Iklan

Insiden itu difahamkan bersangkut paut dengan sistem pemarkahan dipapar pada skrin sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati penonton. - Bernama