LONDON - Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), hari ini.
Tepat jam 11 malam (waktu tempatan) malam ini, Brussels akan menjadi negara pertama yang meninggalkan blok 28 anggota itu dan memulakan babak baharu sendirian buat kali pertama sejak 1973.
Iklan
Iklan
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyokong Brexit sejak undian referendum 2016 dan berikrar untuk memimpin negara tersebut ke arah masa depan yang lebih cerah.
Bagaimanapun sambutan rasmi akan dihentikan bagi menghormati separuh penduduk yang enggan keluar dari EU berikutan masih merasa bimbang terhadap kemungkinan yang berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN: Britain ratifikasi perjanjian Brexit
"Tugas saya adalah untuk membawa Britain ke hadapan. Ini bukan pengakhiran sebaliknya satu permulaan. Ia adalah era baharu buat kita semua," katanya dalam satu kenyataan.
Rakyat Britain masih dapat bekerja dan berdagang secara bebas dengan EU sehingga hari ini dan begitu juga sebaliknya, meskipun United Kingdom tidak lagi diwakili blok tersebut. - AFP