BAGAN DATUK - Seorang lelaki hancur pergelangan tangan kanan selepas tersepit dalam mesin membuang sabut kelapa di sebuah kilang di sini pada Khamis.
Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang pada jam 12.03 tengah hari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun sedang menjalankan rutin kerja harian.
"Ketua Operasi telah mengarahkan anggota membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan hydraulic bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.
"Mangsa yang cedera telah diserah kepada pegawai perubatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini.
Operasi tamat pada jam 1.12 tengah hari.