Malaysia ketuai koordinasi perbincangan semakan FTA ASEAN-India

Iklan
Tengku Zafru. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mengetuai koordinasi antara negara ASEAN dan India bagi mengadakan perbincangan untuk meningkatkan aspek perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pasukan dari Malaysia akan berkunjung ke New Delhi pada November depan untuk menghadiri sesi perundingan berkaitan FTA bagi pihak ASEAN bersama India, memandangkan Malaysia akan menggalas jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Iklan
Iklan

"Kita sasar tahun depan apabila kita mempengerusikan ASEAN, kita akan dapat memuktamadkan semakan FTA antara India dan Asean yang memang sudah ada, tapi mahu dipertingkatkan lagi.

"Malaysia diberi tanggungjawab ini untuk coordinate (menyelaras)," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024, di sini, pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri India Narendra Modi semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu baru-baru ini yang berharap semakan perjanjian perdagangan bebas bagi barangan antara ASEAN dan India diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

India dan ASEAN telah mengadakan beberapa pusingan rundingan untuk membuat perubahan kepada Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) bagi menjadikan perjanjian itu lebih memudahkan perdagangan dan bermanfaat untuk perniagaan di seluruh rantau.

Iklan

Perbincangan tersebut bermula pada Mei 2023. - Bernama