Steinbruckner sedia letak jawatan

Iklan
Tomislav Steinbruckner. Foto Bernama

KETUA Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner bersedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Pengendali kelahiran Croatia itu berkata, sebagai jurulatih, beliau telah berusaha memberi yang terbaik bagi memastikan TFC berada dalam kelompok pasukan terbaik Malaysia sekali gus memenuhi sasaran ditetapkan kelab.

Iklan
Iklan

"Sebagai jurulatih, saya sentiasa melakukan yang terbaik. Pihak pengurusan dan ketua pegawai eksekutif ada di sini. Mereka boleh hubungi saya pada bila-bila masa untuk berbincang mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi.

Steinbruckner menjadi sasaran kemarahan penyokong Terengganu yang tidak berpuas hati dengan prestasi skuad Penyu itu yang disifatkan tidak konsisten.

Iklan

Desakan supaya pengendali berusia 58 tahun itu meletak jawatan bermula daripada kegagalan mara ke perlawanan akhir Piala FA dan yang terbaharu apabila TFC tewas 2-3 kepada kelab Kemboja, Svay Rieng FC pada aksi pembukaan Kumpulan A Piala Shopee 2024/25 di SSMZA malam tadi.

Laman sosial berkaitan bola sepak Terengganu dipenuhi pelbagai komen negatif dan tanda pagar yang mendesak pihak pengurusan mengambil tindakan tegas terhadap Steinbruckner.

Iklan

Steinbruckner mula mengemudi skuad Penyu pada 2023 menggantikan Nafuzi Zain yang berhijrah ke Kedah.

Sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih beliau terlebih dahulu berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal TFC pada 2022. - Bernama