ICHiSS kumpul lebih 10 institusi, bentang 79 hasil kajian

Iklan
Muhammad Nasir (duduk tiga dari kanan) bergambar selepas selesai membentangkan hasil kajian pada Persidangan Antarabangsa Kemanusiaan dan Sains Sosial 2024 Ke-16 yang diadakan di Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Persidangan antarabangsa kemanusiaan dan sains sosial (ICHiSS) mengumpulkan lebih 10 institusi dan menampilkan 79 pembentangan kajian terhadap isu semasa dalam serta luar negara.

Pengerusi program, Leftenan Kolonel (B), Profesor Dr Noor Azmi Mohd Zainol berkata, penganjuran persidangan kali ini bertemakan 'Digital Transformation in Humanities and Sosial'.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia adalah kolaborasi antara Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan The Fakulty of Liberal Arts, Prince of Songkla University, Thailand.

"Kerjasama ini bermula pada ICHiSS ke-5 iaitu pada tahun 2013 dan sekarang sudah 10 tahun. Objektif program ini bertujuan meluaskan hubungan antarabangsa dan berkongsi maklumat mengenai cabaran global pada abad ke-21.

Iklan

"Apabila kita berkongsi maklumat, ilmu yang diperoleh akan lebih luas selain diberi pendedahan secara terperinci kepada semua pihak terutamanya pelajar kedua-dua universiti mengenai kemanusiaan dan sains sosial," ujarnya pada persidangan yang diadakan di sebuah hotel dekat sini pada Selasa.

Noor Azmi (kiri), Ariffin Ismail

Perasmian IICHiSS disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Iklan

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM, Leftenan Kolonel ( Bersara) Profesor Madya Ariffin Ismail berkata, pentingnya ICHiSS itu kerana memberi pendedahan kepada mereka yang terlibat dalam usaha mengadakan kerjasama antarabangsa.

Jelasnya, kerjasama itu dilihat berjaya apabila masing-masing mencetuskan idea bernas dalam pelbagai sudut antaranya mengenai keselamatan siber.

"Alhamdulillah memang berjaya, dengan perkongsian ilmu menerusi pembentangan yang dibuat kita dapat lihat bagaimana sektor digital semakin berkembang laju selepas era tahun 2,000.

"Telefon bimbit sekarang bukan sekadar membuat panggilan semata-mata namun semua maklumat ada di situ. Itu pentingnya kajian dibuat, semua boleh tahu dan sangat penting untuk kita terutamanya kepada para pelajar," katanya.

Muhammad Nasir ketika membentangkan hasil kajian pada Persidangan Antarabangsa Kemanusiaan Dan Sains Sosial 2024 Ke-16 yang diadakan di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berpendapat, kemajuan digital memberi kesan besar dalam bidang media.

Beliau yang turut membentangkan ucaptama bertajuk"Reshaping Realities: Navigating the Digital Frontier in Humanities and Social Science" memberitahu, ini kerana orang Malaysia kini lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan media sosial.

"Kalau dulu edaran surat khabar setiap hari mencecah ratus ribu namun pada masa kini jika anda dapat jual 30,000 atau 40,000 satu hari sangat gembira. Jadi inilah cabaran tranformasi digital dalam bidang media di seluruh negara.

"Bagaimanapun, perkembangan teknologi juga banyak memberi kebaikan kepada kita semua," ujarnya.