Calon PN terus berkhidmat walaupun kalah PRK DUN Nenggiri

Iklan
Mohd Rizwadi (dua, kanan) masih melakukan rutin hariannya menyantuni rakyat dengan meneruskan kerja-kerja parti.

GUA MUSANG - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail terus berkhidmat walaupun kalah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos lalu.

Beliau berkata, rutin hariannya masih lagi sama dengan meneruskan kerja-kerja parti.

Iklan
Iklan

"Ia melibatkan ziarah penduduk dan sebagainya yang berkait dengan politik," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Sementara itu, Mohd Rizwadi berharap rakan baiknya Awie dapat menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan sebaik mungkin.

Iklan

PRK Nenggiri menyaksikan BN berjaya merampas semula kerusi DUN itu selepas Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti besar 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi, menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi meraih 5,739 undi.

Iklan