KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkannya manakala pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah di bawah Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).