Premis judi tak serik empat kali diserbu

Iklan
Azrul (kiri) melihat lubang kecil yang terdapat di pintu sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian di Taman Samarinda pada Khamis.

ALOR GAJAH - Biarpun telah diserbu lebih tiga kali namun sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian di Taman Samarinda dekat sini tidak pernah serik meneruskan perniagaan haram itu.

Premis yang dilengkapi tiga kamera litar tertutup (CCTV) itu antara sembilan lokasi yang diserbu sekali lagi dalam operasi bersepadu melibatkan Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di sekitar daerah ini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, dalam pemeriksaan bermula jam 10 pagi itu, TNB turut membuat pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis di Taman Sebang Mutiara yang pernah dilakukan sebanyak dua kali sebelum ini kerana menjalankan perjudian loteri awam tanpa lesen.

Azrul (dua dari kiri) ketika melihat kakitangan TNB melakukan kerja-kerja at pemotongan bekalan elektrik di Taman Sebang Mutiara pada Khamis.

Menurutnya, kebanyakan premis perjudian yang diserbu berselindung di sebalik perniagaan seperti kedai runcit dan kedai telekomunikasi selain premis ditutup seolah-olah tidak beroperasi.

Iklan

"Kita juga mendapati premis yang tidak mempunyai sebarang papan tanda perniagaan, dilengkapi kamera litar tertutup di penjuru kedai bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu itu di daerah Alor Gajah, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azrul berkata, dalam tempoh lapan bulan tahun ini bermula Januari, sebanyak 134 serbuan telah dilakukan dengan 161 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian.

Iklan

"Pihak berkuasa khususnya PDRM bersungguh-sungguh di dalam menangani serta menghapuskan penularan aktiviti judi ini dari terus bertapak di Alor Gajah ini.

"Operasi ini tidak akan terhenti di sini sahaja dan akan diteruskan dan dipergiatkan dari semasa ke semasa," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) dan 4 B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.