DBKL tawar kadar kompaun trafik hanya RM15

Iklan
DBKL menawarkan kadar khas kompaun trafik bermula 1 Februari hingga 3 Mac depan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020.

KUALA LUMPUR - Bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kompaun trafik bermula 1 Februari hingga 3 Mac depan.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad menerusi satu kenyataan memaklumkan, kadar khas ditetapkan adalah RM15 bagi kenderaan jenis motosikal, kereta dan kenderaan berat (lori, bas dan lain-lain).

Iklan
Iklan

Menurutnya, tawaran kadar kompaun khas itu bagi membolehkan warga kota membuat penyelesaian terhadap kompaun yang masih belum dijelaskan.

"Ia bagi mengelakkan tindakan senarai hitam dikenakan terhadap mereka.

Iklan

"Tawaran kadar khas ini adalah tertakluk kepada kesalahan lalu lintas sahaja dan tidak termasuk bagi kes telah dibawa ke mahkamah yang berstatus (U dan M) dan kes senarai hitam berstatus (W),” katanya.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember lalu, DBKL telah membawa sebanyak 107,547 kes kompaun yang masih tidak dijelaskan pesalah lalu lintas untuk didakwa ke mahkamah.

Iklan

Katanya, sebanyak 4,914 kes pula telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Orang awam boleh membuat semakan dan bayaran kompaun di semua kaunter bayaran DBKL, kaunter Pos Malaysia atau melalui portal MyEG di www.myeg.com.my.

"Bayaran juga boleh dibuat menerusi kaedah dalam talian menggunakan aplikasi Mobis yang boleh dimuat turun melalui Playstore atau Appstore,” katanya.