SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi bumiputera mencontohi Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang terus mempertahankan integriti dalam pengurusan syarikat.
Perdana Menteri berkata, syarikat berkenaan tidak menggunakan kuasa, nama dan kedudukan sebagai syarikat bumiputera untuk menjana keuntungan sebaliknya perkara itu diperoleh melalui ketelusan, kebertanggungjawaban serta integriti yang tinggi dalam pengurusannya sejak dahulu hingga kini.
Iklan
Iklan
"Mengurus institusi kewangan dengan lebih 12.5 juta pemegang unit bukan satu tugas yang mudah dan kejayaan ini atas usaha, titik peluh dan kerja keras mereka (PNB) yang kekal pertahan integriti sejak ia ditubuhkan.
"Jadi, kejayaan PNB dan Petronas ini dapat kita banggakan kerana kekal pertahankan integriti yang tinggi tanpa menggunakan nama bumiputera untuk berjaya,” kata beliau.
Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.
AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan