Banjir: Puluhan kenderaan ditenggelami air di ruang parkir WTC

Iklan
Sebahagian kenderaan tersangkut berhampiran sungai di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Puluhan kenderaan di ruang parkir di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur ditenggelami banjir kilat pada Khamis.

Hujan berterusan sejak jam 3 petang dipercayai menyebabkan berlakunya banjir di kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku berikutan air dari Sungai Gombak melimpah susulan hujan lebat.

Sementara itu, hasil tinjauan mendapati, sebanyak tujuh jalan sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya di Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Pahang.

Iklan

Laluan lain turut terkesan ialah di Jalan Genting Klang, Jalan Dutamas, Jalan Kepong dan Jalan Kuching.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan berikutan kejadian banjir kilat.

Iklan