Mydin tawar penjimatan RM6.7 juta

Iklan
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menunjukkan logo Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun yang ke-67 Mydin di Mydin USJ pada Selasa.

SUBANG JAYA - Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi kempen Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun yang ke-67 menawarkan penjimatan dan ganjaran keseluruhan bernilai RM6.7 juta.

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kempen yang turut mendapat kerjasama 55 rakan kerjasama strategik termasuk Mydin PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza ini bertujuan menghargai pelanggan setia dengan pelbagai promosi dan peraduan hebat.

Iklan
Iklan

Menurut Ameer, Mydin membuat kelainan pada sambutan ulang tahun kali ini apabila pihaknya turut menganjurkan ‘Fun Run Festival OHMYDIN!’.

"Program Fun Run Festival OHMYDIN! turut dianjurkan di empat lokasi cawangan Mydin iaitu Subang Jaya (Selangor) pada 24 Ogos, MITC (Melaka) pada 21 September, Tunjong (Kelantan) pada 19 Oktober dan Petra Jaya (Sarawak) pada 9 November 2024 bagi memupuk budaya sihat di samping menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Iklan

Ameer menunjukkan t-shirt ‘Fun Run Festival OHMYDIN!’.


Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pelancaran Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun yang ke-67 Mydin pada Selasa.

"Larian sejauh 6.7 kilometer ini terbuka untuk semua peringkat umur. Peserta perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM35 dan akan mendapat goodies,t-shirt rasmi larian, barangan keperluan harian dan juga medal secara percuma.

Iklan

"Sebanyak RM5 bagi setiap pendaftaran akan disalurkan ke program tanggungjawab sosial korporat, Mydin Prihatin untuk disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.



Ameer berkata, peserta program larian berpeluang memenangi cabutan bertuah peranti Oppo, baucar tunai dan hamper.

Jom Durian

Sementara itu, menurut Ameer, buat pertama kalinya, Mydin memperkenalkan program ‘Jom Durian’ yang membolehkan orang ramai menikmati durian berkualiti tinggi seperti musang king dan udang merah, D24 dan D101 serendah RM100 sehingga RM160 bagi satu dulang.

"Boleh makan ramai-ramai kerana satu dulang durian mempunyai empat kilogram durian dan akan dianjurkan di Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang) pada 7 September dan Mydin Pelangi Indah (Johor) pada 5 Oktober ini,” katanya.

Ameer (tengah) bersama penaja emas ketika Festival OHMYDIN! di Mydin USJ.


Ameer berkata, empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500.

"Pendaftar baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi Belian dengan Belian Borong (PWP).

"Sepanjang kempen berlangsung, Mydin turut menawarkan promosi Hari-Hari MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian (PWP) dan Happy Hour yang menawarkan penjimatan hebat kepada pelanggan khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah. Promosi tersebut juga boleh didapati di TikTok Shop @MYDIN,” katanya.

Di samping itu, pengguna aplikasi pembayaran terlibat seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja dengan menggunakan aplikasi tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan Mydin.

Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi Mydin Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 November 2024.

Sinergi bersama Mydin

Sementara itu, kolaborasi dengan syarikat pemborong dan peruncitan halal terbesar, Mydin berupaya melonjakkan jenama penaja produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pengarah Urusan Puteri, Datuk Dr AP Sivam berkata, kerjasama menerusi Festival OHMYDIN! dan program lain membantu jenamanya dikenali di serata negara sepanjang 40 tahun memasarkan produk di platform berkenaan.

AP SIVAM


Menurut beliau, ia adalah medium paling sesuai untuk menambah baik kualiti perkhidmatan dan mendekatkan diri dengan pengguna produk memandangkan kali pertama terlibat sebagai penaja utama bagi kategori emas.

"Pelancaran program hari ini berjalan dengan baik kerana kita dapat berjumpa rakan penaja dan pembekal yang lain.

"Sasaran awal untuk menambah baik, dekatkan diri dengan pengguna dan tingkatkan jualan produk Puteri. Kami ada melancarkan produk terbaharu iaitu Puteri tepung goreng asli dan pedas serta sambal garing ikan bilis atau udang,” katanya.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EB Frozen Food Sdn Bhd (EB Frozen Food), Chris Ooi teruja untuk bekerjasama dengan Mydin kerana pihaknya dalam proses mengeluarkan produk baharu, EB Crunch pada Oktober depan.

CHRIS OOI


Tambah beliau, EB Crunch daripada ayam dan makanan laut merupakan produk diformulasikan khas untuk kegunaan perkakas ‘air fryer’ yang memudahkan pengguna.

"Kami berharap menerusi jalinan ini, lebih ramai pelanggan dapat mengenali jenama EB Frozen Food secara meluas,” ujarnya.



Pencapaian membanggakan

Menurut Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan Pelanggan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Unilever), Lee Wei Ting berkata, festival yang berlangsung kali ini lebih besar berbanding tahun sebelumnya kerana aktiviti disediakan amat menarik perhatian orang ramai.

WEI TING


Jelasnya, menjadi sebahagian daripada penaja emas program Mydin adalah pencapaian membanggakan dalam usaha memberikan semula khidmat bakti kepada masyarakat.

"Kerjasama kedua-dua pihak ini telah berlangsung sejak dahulu lagi dan perbezaan dari segi penambahbaikan amat dirasai.

"Setiap produk yang Unilever pasarkan seperti Safi dan Carrie Junior sudah pasti dikenali ramai. Jadi ini kombinasi terbaik buat kami serta Mydin,” kata Wei Ting.



Ketua Bahagian Hyper-Super Wipro Unza Malaysia, Quek Jinn Lin juga senada dengan pandangan tiga penaja lain kerana Mydin sentiasa menyajikan pembaharuan positif setiap tahun bagi mencapai kehendak pelanggan.

JINN LIN


"Setiap tahun program sama disediakan, cuma kali ini berbeza sedikit iaitu ada Fun Run. Ia sesuatu yang baharu dan mengujakan buat semua orang.

"Justeru, diharapkan penganjuran sebegini memberi impak besar kepada kesedaran jenama penaja,” jelas Jinn Lin.