Iman teguh kerosakan menjauh

Iklan
SETIAP perkara menimpa diri atau keluarga mempunyai hikmah dijanjikan ALLAH SWT yang tidak diketahui kita. Foto CANVA

JHEAINS beri peringatan, panduan kepada umat Islam memandangkan kes kehilangan nyawa kerap berlaku

KEBELAKANGAN ini, kes-kes kehilangan orang kerap dilaporkan. Apa yang lebih menyayat hati apabila kes kehilangan tersebut berakhir dengan tragedi yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Kejadian yang kadangkala ngeri dan tragis itu sudah pasti meruntun jiwa ahli keluarga, rakan, anak apatah lagi ibu bapa dan pasangan mangsa.

Iklan
Iklan

Iktibar Mimbar Jumaat kali ini merujuk khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bertajuk Iman yang teguh, kerosakan pun menjauh seperti disampaikan khatib Jumaat lalu.

Dalam khutbah tersebut, khatib mempersoalkan apakah manusia sudah semakin hilang sifat harmoni dan kesejahteraan antara satu sama lain?

Iklan

PELBAGAI kes kehilangan yang berakhir dengan ngeri dan tragis kebelakangan ini. Foto CANVA

Beliau menjelaskan, dari sudut pandangan Islam, kekejaman dan pembunuhan itu berpunca daripada kelemahan iman yang semakin menipis akibat hasutan syaitan.

Iklan

"Maka adalah wajar untuk semua pihak berperanan dan memandang serius gejala tersebut bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara,” katanya.

Khatib kemudiannya membacakan ayat ke-103 surah Ali Imran: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali ALLAH (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai."

Sentiasa berbuat baik

Islam melarang umatnya melakukan pembunuhan tanpa hak, menurut khatib lagi.

"Kepercayaan selain Islam juga turut menekankan keharmonian sesama manusia demi memastikan setiap orang dapat hidup dalam rukun, aman dan damai.

"Meskipun kita bukanlah bergelar ustaz atau ustazah, namun tiada salahnya kita mengajak orang berbuat baik kerana ia amalan terpuji,” jelasnya.

Tambahnya, sesiapa yang berbuat kebaikan akan memperoleh pahala apatah lagi jika ia dicontohi orang lain selepas itu berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

ISLAM menyarankan agar umat Islam perlu memastikan kehidupan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis supaya jiwa kita sentiasa dipandu ke arah jalan kebenaran. Foto CANVA

Menurut khatib, walaupun umat Islam mengakui iman yang ada pada diri mereka ada pasang surutnya, beliau berpesan agar kita semua memperkukuhkan iman dengan melaksanakan segala perintah ALLAH SAW dan meninggalkan segala larangan-NYA.

"Umat Islam juga perlu memperbanyakkan amalan soleh seperti mengerjakan solat fardu lima waktu secara berjemaah, membaca dan tadabbur al-Quran, berzikir dan istighfar bagi memperbaiki serta memperbaharui iman masing-masing,” katanya.

Konflik tidak berkesudahan punca berlaku kejam

Jelas khatib, kes-kes pembunuhan, penderaan dan pelbagai kisah kejam sesama manusia juga berpunca daripada tiada kesepakatan serta tolak ansur antara satu sama lain dalam pelbagai urusan seperti pembahagian harta, penjagaan anak, keruntuhan moral dan masalah rumah tangga.

"Akibatnya manusia yang rapuh imannya ini boleh menjerumuskan manusia kepada perbuatan yang diharamkan agama seperti membunuh,” hurainya.

Penyelesaiannya, Islam menyarankan agar umat Islam perlu memastikan kehidupan berlandaskan kepada al-Quran dan hadis supaya jiwa kita sentiasa dipandu ke arah jalan kebenaran.

"Ia sekali gus jauh daripada sifat mazmumah yang melalaikan serta merugikan," ujarnya.

Sebagai kesimpulan, khatib menyeru agar umat Islam sentiasa berusaha menguatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT.

Umat Islam perlu berusaha memelihara diri dan iman agar tidak terpesong dari landasan kehidupan yang dirahmati serta diredai ALLAH SWT dengan mengambil langkah-langkah berikut:

2 – Umat Islam perlu sentiasa mengingati ALLAH SWT dalam segala keadaan dan suasana serta reda dengan ketentuan-NYA. Setiap perkara menimpa diri atau keluarga kita mempunyai hikmah dijanjikan ALLAH SWT yang tidak diketahui kita.

PERBANYAKKAN amalan soleh seperti mengerjakan solat fardu lima waktu secara berjemaah, membaca dan tadabbur al-Quran, berzikir serta istighfar bagi memperbaiki serta memperbaharui iman. Foto CANVA

Jelas khatib, tiada guna kita menggunakan kekerasan atau kekejaman untuk memuaskan hati kerana ia merosakkan diri dan masa depan diri sendiri serta orang lain.

Khatib turut mengingatkan jemaah agar merenung firman ALLAH SWT dalam ayat ketujuh surah al-Israk: "Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. Dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesan yang buruk itu juga berbalik kepada diri kamu juga.”