KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga asing disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 8 meter.Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.