Date perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Iklan
Saifuddin (tujuh dari kanan) pada Majlis Perasmian Date di Pekan Sungai Golok, Thailand hari ini.

RANTAU PANJANG - Program Digital Business And Trade Exhibition in Southern Thailand (Date) memperkukuhkan lagi jalinan perdagangan antara Malaysia dan Thailand termasuklah politik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jalinan kerjasama antara dua negara itu terjalin sejak termeterainya Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA) pada tahun 1979 lalu.

Iklan
Iklan

"Jalinan kerjasama ini menghasilkan banyak kebaikan dan keberuntungan antara kedua-dua negara.

"Ia bertepatan dengan slogan 'Makmurkan Jiran Anda’ yang diamalkan kerajaan dengan mengenal pasti potensi negara Thailand dalam menjalin kerjasama strategik dua-hala demi kepentingan serta kemakmuran bersama," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Date oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, H E Nipon Bunyamanee di Pekan Sungai Golok, Thailand di sini hari ini.

Menurutnya, jalinan kerjasama dua negara itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam memperkasakan lagi hubungan perdagangan Malaysia-Thailand.

Iklan

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau turut melakukan tinjauan ke atas perkara-perkara yang mempunyai hubungkait dengan ketirisan dan kebocoran barang keperluan bersubsidi menerusi aktiviti penyeludupan rentas sempadan.

Katanya, beliau percaya keakraban jalinan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Thailand dapat meminimakan perkara tersebut.

"Saya amat gembira kerana perkara yang sama juga menjadi perhatian rakan sejawat dari Thailand.

"Pertemuan lanjut akan terus dilakukan bagi memperkasakannya sama ada dari segi undang-undang dan penguatkuasaan," katanya.