PAU2024: MCA idamkan lambang dacing di PRU16

Iklan
Ka Siong

KUALA LUMPUR - MCA mengidam-idamkan lambang dacing Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana BN merupakan gagasan parti yang sudah lama memerintah dengan pelbagai liku-liku yang dilalui.

Iklan
Iklan

"Saya rasa kita masih mengharapkan sesuatu nafas baharu dan penerimaan yang lebih besar secara meluas daripada rakyat.

"Elok juga kita dapat merasai denyutan nadi rakyat. Itu akan menjadi keutamaan kita,” katanya selepas ucapan dasar daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024).

Iklan

Beliau berkata demikian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Tambah Ka Siong, pemimpin BN perlu memperkukuhkan parti komponen terlebih dahulu bagi memberi keutamaan dan melihat parti tersebut sebagai entiti yang penting.

Iklan

Ujarnya, pemimpin politik pernah melalui fasa ‘kawan lawan’ yang mendukung prinsip demokrasi untuk menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat.

"Pelbagai senario yang kita sudah lalui pada 2018 dan 2020. Pada waktu pagi, sama-sama jadi rakan sejawat, sebelah petang pula menjadi lawan.

"Jadi, bagi saya apa juga kemungkinan sistem yang akan menentukan untuk kita merungkaikan sesuatu masalah. Tetapi, dalam satu parti komponen adalah untuk mempersiapkan diri supaya mampu berdepan dengan cabaran,” tambahnya.