Sewa pangsapuri RM1,000 sebulan untuk 'simpan' PATI

Iklan
Polis membongkar unit pangsapuri yang dijadikan rumah sementara warga asing menerusi Op Pintas, pada Khamis. (Gambar kecil: Soffian)

KUALA LUMPUR - Dua unit pangsapuri di Lembah Klang yang dijadikan sindiket sebagai tempat transit pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan bayaran RM1,000 sebulan diserbu polis, pada Khamis.

Op Pintas berasingan itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Iklan
Iklan

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan bermula jam 10.35 malam di Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor bertindak menahan 29 warga Myanmar termasuk dua wanita.

"Mereka ini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Iklan

"Selain itu, 24 lagi PATI berusia 18 hingga 36 tahun berkenaan dipercayai baru tiba ke Malaysia melalui laluan haram. Tindakan diambil di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Antara warga Myanmar yang ditahan menerusi Op Pintas, pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua lokasi terbabit melibatkan sindiket yang sama dikenali 'Bukyaw'.

Iklan

Tambah Soffian, sindiket menyewa unit pangsapuri itu dengan bayaran RM1,000 sebulan sejak hampir setahun.

Tegasnya, kesemua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras untuk tindakan lanjut.