PAU2024: MIC yakin UMNO menang majoriti besar di DUN Mahkota

Iklan
Vigneswaran

KUALA LUMPUR - UMNO akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan majoriti yang besar, kata Presiden Kebangsaan Kongres India Malaysia (MIC), Tan Sri Vigneswaran Sanasee.

Beliau berkata, ia berikutan orang ramai mula sedar dan percaya kepada Kerajaan Perpaduan.

Iklan
Iklan

"Mahkota akan menang kerana orang sudah mula sedar dengan kepimpinan kerajaan sekarang.

Vigneswaran memaklumkan ucapan dasar tersebut boleh memantapkan lagi dasar dari peringkat akar umbi parti tersebut.

Iklan

Menurutnya, ia mampu memperkukuhkan parti UMNO supaya diterima oleh rakyat khususnya kaum Melayu.

Selain itu, ditanya mengenai persiapan MIC untuk persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), beliau berkata, ia belum dilakukan kerana masih mempunyai banyak masa.

Iklan

"Masih ada masa, parti sedang bekerja untuk menguatkan kedudukan dan sebagainya. Sekiranya sudah tahu, kami pasti akan maklumkan,” tambahnya.