UMNO terus suara meskipun perjuangan keadilan Najib ditentang PH - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled ditemui pemberita ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - UMNO tidak akan berganjak dalam usaha menuntut keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak walaupun perjuangan itu akan ditentang oleh mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, meskipun terdapat perbezaan pandangan mengenai usaha tersebut, UMNO tetap perlu terus bersuara untuk membebaskan Najib.

Iklan
Iklan

"Penzahiran pendirian UMNO dalam isu Najib, UMNO tetap melihat bahawa Najib telah tidak mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Jadi atas sebab itu, UMNO berpendirian supaya keadilan sebenarnya diberikan kepada Najib.

Iklan

"Akan 'clash' dengan pendirian PH? Kalau pun ada yang lain-lain mempunyai pandangan, pendirian berbeza itu tidak bermakna UMNO perlu diam," katanya ketika ditemui pemberia ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan usul pengampunan penuh terhadap Najib merangkap bekas Presiden UMNO paling banyak diterima pada PAU kali ini.

Iklan

Asyraf berkata, usul mengenai pembebasan Najib yang terkenal dengan gelaran 'bossku' diperoleh daripada 72 bahagian UMNO.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata, UMNO perlu terus membawa perkara-perkara yang menjadi pegangan keputusan-keputusan kita.

"Samalah seperti bila Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyatakan bahawa UMNO hanya akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima prinsip-prinsip asas pejuangan UMNO iaitu mempertahankan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan Raja-raja dan hak istimewa orang Melayu.

"Jadi sesiapa yang bersedia menerima itu maka dia bolehlah bekerjasama dengan UMNO," tegasnya.