Pemuda lemas ketika mandi di Sungai Kedondong

Iklan
Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemukan pada jam 12.50 tengah hari di kedalaman dua meter - Gambar hiasan/Canva

KUALA LUMPUR - Kegembiraan empat sahabat mandi-manda di Sungai Kedondong Batang Kali, Kuala Kubu Baharu tengah hari tadi berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu, Penolong Penguasa Bomba Wan Muhammad Aslam Md Asri berkata, mayat pemuda berusia 24 tahun yang identitinya belum dapat dikenal pasti ditemukan pada jam 12.50 tengah hari di kedalaman dua meter.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, seorang pegawai serta enam anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari.

"Mayat telah dihantar ke hospital Kuala Kubu Baharu untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan aktiviti air agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak dan ahli keluarga terutamanya ketika musim hujan ini. - Bernama

Iklan