MPS lapor polis, surat rujukan disalah guna kutip dana

Iklan
MPS mengesan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat rujukannya untuk kutipan dana penganjuran program.

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat rujukan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk kutipan dana penganjuran program.

MPS dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam penganjuran program tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga tidak pernah mengarahkan dalam kalangan kakitangannya mengutip sebarang dana atau bayaran kepada pemilik perniagaan atau individu bagi tujuan tersebut.

"Ingin ditegaskan bahawa MPS tidak memberi sebarang kebenaran atau menjadi penganjur bersama dengan mana-mana pihak untuk program tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ujar kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 20 Ogos 2024 berkaitan perkara itu.

Katanya, MPS meminta sesiapa yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkenaan perkara itu untuk tampil membuat laporan atau menghubungi MPS di talian 03-6126 5824.

Iklan