Pengunjung tapak perkhemahan Ulu Rening terperangkap kejadian kepala air

Iklan
Keadaan mangsa di tapak perkhemahan di Ulu Rening Batang Kali selepas kejadian kepala air pada Jumaat.

HULU SELANGOR - Pengunjung serta pekerja sebuah tapak perkhemahan di Ulu Rening Batang Kali dekat sini berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kejadian kepala air pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, laporan berhubung kejadian diterima sekitar jam 8 malam membabitkan 38 orang mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa termasuk 11 kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam kejadian tersebut.

"Mangsa terdiri sepuluh lelaki dan 17 wanita dewasa daripada tujuh keluarga selain pekerja tapak perkelahan tersebut.

Iklan

"Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan air juga semakin surut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

.

Iklan