Lempar anak baru lahir tujuh jam dari motosikal

Iklan
Wanita itu mendakwa dia melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kononnya kerana mahu menutup aib. - Foto: Agensi

KOTA BOGOR - Seorang wanita bertindak kejam melemparkan bayinya yang baru dilahirkan kira-kira tujuh jam dari motosikal ditunggangnya ke tepi jalan.

Paling menakjubkan, bayi tersebut masih hidup meskipun diperlakukan sedemikian oleh ibunya sendiri.

Iklan
Iklan

Dua individu yang melalui jalan di Kampung Waru Jaya, Desa Waru Jaya, Kecamatan Parung, Kabupaten Bogor di Indonesia bagaimanapun menjadi penyelamat bayi itu ketika kejadian pada minggu lalu.

"Bayi itu dihantar ke klinik berhampiran untuk menjalani pemeriksaan. Selepas prosedur itu, saksi kemudiannya membawa mangsa ke balai polis Parung.

Iklan

"Tubuh bayi seberat 2.4 kilogram itu tiada kesan luka," ujar jurucakap pihak berkuasa, Doddy Rosjadi sambil menambah mereka melancarkan operasi untuk menjejaki pelaku yang tergamak membuangnya.

Suspek akhirnya berjaya dikesan pada Rabu dan dikenali sebagai DS, 30, dari Desa Bojong Indah.

Iklan

"Siasatan awal mendapati individu itu mengakui telah membuang bayinya yang pada mulanya diletakkan di dalam bakul buah di atas motosikalnya," jelas kandungan keterangan bertulis tersebut.

DS yang telah didakwa di bawah Undang-undang Perlindungan Kanak-kanak memberi alasan motif perbuatan itu kononnya untuk menutup aib kerana bayi tersebut adalah anak tidak sah taraf. - Agensi