19 mangsa terperangkap di Eco Park Risda selamat

Iklan
Semua 19 mangsa yang terperangkap berada di chalet masing-masing dengan lokasi diduduki selamat dan jauh dari bahaya.

TANJUNG MALIM - Semua 19 mangsa termasuk 10 kanak-kanak yang terperangkap di tapak perkhemahan Eco Park Risda, Kampung Ulu Slim dalam kejadian kepala air pada Jumaat berada dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semua mangsa berada di chalet masing-masing dengan lokasi diduduki selamat dan jauh dari bahaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, buat masa ini operasi mengeluarkan mangsa belum dapat dilakukan berikutan jambatan yang menghubungkan laluan ke tapak perkhemahan itu sejauh 800 meter telah runtuh akibat arus deras kepala air.

"Tiada akses lain untuk menyeberangi ke lokasi kejadian.

Iklan

"Tindakan operasi ketika ini adalah dengan memantau keadaan air sungai dan menunggu keadaan air pulih sehingga dapat ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Paras air sungai telah menunjukkan tanda menurun, namun arus masih lagi deras.

Beliau berkata, anggota bomba telah ditempatkan berjaga-jaga memantau keadaan itu dari seberang jambatan.

Iklan

Katanya, paras air sungai telah menunjukkan tanda menurun, namun arus masih lagi deras.

Sinar Harian melaporkan sekurang-kurangnya 109 orang terperangkap dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River pada Jumaat.

Jambatan yang menghubungkan laluan ke tapak perkhemahan itu sejauh 800 meter telah runtuh akibat arus deras kepala air.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 6.45 petang melibatkan Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil, Kampung Pasir Ulu Slim dan Eco Park Risda, Ulu Slim.

Insiden kepala air berlaku di Kampung Sungai Bill disusuli tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim.

Kejadian ini telah mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu Jambatan Slim River-Behrang Ulu, Jambatan Kampung Pasir yang menghubung RPT Hala Cara Baru dan Jambatan Kampung Sungai Muda ke Kampung Piong.

Setakat ini, satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Jamek Kampung Pasir dibuka bagi menempatkan mangsa yang terlibat.