Mana sifat profesionalismenya?

Iklan
Pekan Ramli

SIKAP 'unsporting behavior' ini kalau merujuk kepada tingkahlaku penyokong-penyokong bola sepak, memang kita boleh anggap sebagai satu kejadian yang di luar kawalan.

Tetapi kalau sikap 'unsporting behavior' yang merujuk kepada apa yang berlaku semasa sidang media perlawanan akhir kejuaraan domestik pada Jumaat, saya terkejut dan terpaku seketika tak tahu nak komen apabila media bertanya.

Iklan
Iklan

Macam tak percaya saya dalam kancah bola sepak profesional yang kita bangga-banggakan sekarang berlaku macam ini.

Mana sifat profesionalismenya?

Iklan

Panggil sidang media, jemput media datang tetapi 'tidak jawab soalan' semasa sidang media.

Rakan-rakan otai media berkata pada saya, tidak sepatutnya media dilayan begini.

Iklan

Kalau 15 atau 20 tahun dulu berlaku seperti ini, tentu Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) telah mengeluarkan kenyataan dan arahan dikeluarkan untuk media memboikot.

Bos-bos media pun melenting jika anak buahnya dilayan begini. (Dulu semua bergantung kepada media tradisional).

Nampaknya dalam isu ini kenalah ada kenyataan daripada persatuan pejuang media sukan iaitu SAM yang saya rasa elok juga mengeluarkan kenyataan.

Atau mungkin dalam bab ini media kenalah bertanya pada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Kalau FAM tidak mahu jawab mungkin boleh tanya pada penguasa bola sepak yang lebih tinggi lagi.

Media tidak bersalah dalam apa pun polemik yang berlaku dalam bola sepak negara sekarang.

Tugas mereka hanya melaporkan, itu saja.

Kalau bukan kerana tugas mungkin ada antara mereka pun tak mahu datang ke sidang media itu jika setiap soalan mereka dijawap sepatah dua perkataan, 'no comment', 'no', i have nothing to say, very good, nothing to say.

Banyak perkataan dot-dot-dot yang boleh dihamburkan merujuk kepada perlakuan itu.

iasanya jawapan sebegitu kita biasa dengar dari golongan artis-artis sahaja dan memang wartawan-wartawan hiburan sudah biasa hadapi komen sebegitu dan cerita daripada jawapan itu tetap keluar dan menarik, tapi itu dunia artis, dalam dunia sukan tak elok begitu.

Nanti tak eloklah keluar cerita-cerita negatif begini.

Lagi pun ini sidang media yang dirancang, bukan cari berita main terjah-terjah.

Ingat kepada 'hubungan simbiotik' yang perlu terjalin antara kita semua.

Tambahan pula ini 'build up story' dan sebahagian daripada warna-warni satu perlawanan merebut sebuah piala rebutan bola sepak di peringkat kebangsaan, sama juga di peringkat antarabangsa.

Ada 'pre-match interview' dan 'post-match interview'.

Mungkin juga piala ini tiada 'class' agaknya.

Elok juga selepas ini tidak perlulah FAM atau MFL mengadakan sidang media sebegitu lagi.

Apa pun kita doakan semuanya berjalan dengan baik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, semoga tuhan merahmati kita semua.

*Datuk Dr Pekan Ramli ialah penganalisis sukan tempatan