3 maut, 5 cedera parah dalam serangan bersenjatakan pisau di Jerman

Iklan
Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman.

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor Agensi Anadolu (AA).

Jurucakap polis, Alexander Kresta berkata, seorang lelaki telah menikam orang ramai secara rambang semasa festival muzik di pusat bandar dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihak polis sedang menemu bual saksi dan mengumpul maklumat untuk mengenal pasti suspek.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam serangan itu, manakala lima lagi cedera parah dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Iklan

Menurut laporan akhbar Bild, suspek dengan sengaja menikam mangsa di bahagian leher."Penyiasat kini mengklasifikasikan jenayah ini sebagai serangan pengganas,” lapor akhbar itu.

Polis Solingen telah meminta orang ramai untuk mengelakkan pusat bandar semasa operasi berlangsung. - Bernama/Anadolu

Iklan