Pembinaan ECRL NS bermula suku ketiga tahun ini

Iklan
Anthony Loke menunjukkan stesen Projek ECRL yang akan dibina di Negeri Sembilan ketika hadir di Pameran Skim Jajaran Keretapi ECRL di Negeri Sembilan, hari ini. -Foto Bernama

SEREMBAN - Pembinaan projek jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Sembilan akan bermula pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses berkenaan akan bermula di tanah kerajaan terlebih dahulu, sebelum diluaskan ke tanah milik persendirian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mana-mana tanah milik persendirian akan melalui proses pengambilan tanah terlebih dahulu sehingga selesai, sebelum kerja ECRL ini dimulakan.

"Sebanyak 4,749 lot tanah di Negeri Sembilan akan terlibat dengan proses pengambilan tanah, namun jumlah itu dijangka akan berkurang apabila kerja-kerja akhir dilaksanakan nanti.

Iklan

"Setakat ini kita masih lagi mengenalpasti kawasan yang akan diambil, dan kerja-kerja masih lagi dalam proses akhir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa melawat ke Ruang Pameran Skim Jajaran Keretapi ECRL di Pejabat Tanah dan Daerah Seremban 2, dekat sini hari ini.

Iklan

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Pekerja ECRL warga China diberi cuti

Tambahnya, bagi jajaran ECRL di negeri ini, terdapat dua stesen utama iaitu di Klawang, Jelebu dan kawasan perindustrian Nilai yang akan diintergrasikan dengan stesen baharu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terletak berhampiran Nilai 3.

Katanya, jajaran baharu di negeri ini adalah sepanjang 58.87 kilometer,membabitkan dua daerah Nilai dan Jelebu.

Sementara itu, Anthony Loke memberitahu pihaknya menerima 99 peratus maklum balas sokongan terhadap projek ECRL ini di Kelantan.

Katanya, satu peratus yang tidak bersetuju itu membabitkan pengambilan tanah persendirian, namun itu akan diatasi kemudian.