NEW DELHI - Angka korban dalam nahas bas di Nepal meningkat kepada 27 orang manakala 16 penumpang yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.
Kedutaan India dalam satu kenyataan memaklumkan bas itu dalam perjalanan dari Pokhara di Nepal menuju ke ibu negara Kathmandu dengan membawa 43 pelancong India sebelum terjatuh 150 meter ke dalam sungai Marsyangdi pada Jumaat.