JKNK ambil sampel 131 pelajar alami keracunan makanan

Iklan
Dr Zaini (dua dari kiri) melawat gerai pameran pada Karnival Promosi Kesihatan, Hari Terbuka Hospital Kluster Kelantan Barat dan Program Kelantan Sihat Peringkat Hospital Tanah Merah pada Sabtu.

TANAH MERAH - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah mengambil sampel makanan selepas 131 pelajar di sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) di Kota Bharu mengalami keracunan pada 18 Ogos lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, dua daripada pelajar terbabit menerima rawatan di sebuah hospital swasta, manakala selebihnya sebagai pesakit luar.

Iklan
Iklan

"Keputusan masih belum keluar sama ada disebabkan jenis bakteria atau yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Karnival Promosi Kesihatan, Hari Terbuka Hospital Kluster Kelantan Barat dan Program Kelantan Sihat Peringkat Hospital Tanah Merah dekat sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Zaini bagaimanapun berkata, setakat ini keracunan tersebut masih terkawal dan JKNK menasihatkan orang ramai agar memilih premis yang bersih bagi mengelakkan keracunan makanan.

Katanya, pengendali makanan juga dinasihatkan agar menitik beratkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Iklan