KUANTAN - Biarpun terkejut melihat api sedang marak, seorang lelaki tidak terus panik dan berjaya menyelamatkan keluarganya dalam kejadian kebakaran melibatkan rumah jirannya di Taman Indera Sempurna, malam tadi.
Selepas mendapati api kebakaran mula merebak ke rumahnya, Ahmad Adam Mohd Yusof, 24, terus meminta isterinya Nurul Nadira Mustafar, 24 dan dua anak mereka keluar dari rumah.
Iklan
Iklan
"Sambil itu saya mengambil beberapa dokumen penting dan sempat mengalihkan motosikal serta kereta saya supaya tidak dijilat api kebakaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua rumah teres terbakar
Ahmad Adam berkata, dia bersyukur kerana mereka anak-beranak tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kebakaran itu yang dipercayai bermula dari rumah salah seorang jirannya.
"Kejadian begitu pantas dan orang ramai membantu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang," katanya.
Dia bersama keluarganya kini menumpang tinggal di rumah seorang lagi rakannya yang kebetulan dari taman perumahan yang sama.
"Pemilik rumah ada datang melawat selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya.