PKNS Pilih Karnival@Antara Gapi tawar baucar RM2,000

Iklan
Mahmud (empat dari kanan) meninjau perjalanan program PKNS Pilih Karnival@Antara Gapi pada Sabtu.

HULU SELANGOR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan baucar barangan elektrik jenama Samsung bernilai RM2,000 sempena program PKNS Pilih Karnival@Antara Gapi dekat sini.

Pengurus Kanan Jualan PKNS, Ishak Hashim berkata, tawaran itu diberikan kepada sepuluh pembeli rumah teres dua tingkat, Ixora yang membuat tempahan awal sepanjang program berlangsung pada Sabtu dan Ahad.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 90 unit Ixora dilancarkan Februari lalu melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM57 juta.

"Perumahan dalam kawasan Antara Gapi ini menawarkan 81 unit bersaiz 20x65 dan sembilan unit bersaiz 22x65 dengan harga jualan bermula RM588,000.

Iklan

"Setiap unit dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik air dan pembinaan projek ini dijangka siap menjelang 2026," katanya pada PKNS Pilih Karnival@Antara Gapi pada Sabtu.

Antara Gapi menjadi pilihan ketiga lokasi penganjuran PKNS Pilih Karnival yang perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas.

Mahmud (tengah) ketika merasmikan PKNS Pilih Karnival@Antara Gapi pada Sabtu.

Iklan

Karnival berlangsung selama dua hari bermula jam 7 pagi hingga 11 malam pada hari pertama dan jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada hari kedua dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti fun ride, zumba, pertandingan memasak, mewarna, dan pertandingan pakaian beragam Jiwa Merdeka.

Turut dianjurkan sukan rakyat, pertandingan karaoke, tazkirah bersama PU Rahmat selain persembahan artis jemputan seperti Datuk Hattan, Bob Sentuhan Buskers dan Najwa Latif.

Ishak berkata, Pilih Karnival merupakan platform PKNS mendekati komuniti setempat sambil mempromosikan produk perumahannya kepada umum.

"Program yang menggabungkan pelbagai elemen hiburan sesuai untuk seisi keluarga.

"Ia bukan sahaja bagi menarik minat orang ramai tetapi juga berupaya meningkatkan kesedaran serta jualan hartanah PKNS seiring dengan perancangan pembangunan yang akan digerakkan bernilai lebih daripada RM1 bilion tahun ini," katanya.

Selain itu, beliau berkata, beberapa rakan strategik PKNS seperti Samsung, Bank Islam dan Affin Bank turut menyertai pameran bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan informasi berkaitan pinjaman serta pembiayaan perumahan.