BAM setuju lepaskan Sze Fei-Nur Izzudin

Iklan
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin buat keputusan meninggalkan badan induk sukan itu bermula 1 September ini.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk melepaskan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang membuat keputusan meninggalkan badan induk sukan itu bermula 1 September ini.

Setiausaha Agung, Kenny Goh berkata, BAM menghormati keputusan gandingan di kedudukan ke-12 dunia itu untuk meneruskan karier selaku pemain profesional selepas ini.

Iklan
Iklan

"Jadi selepas perbincangan, kami memahami dan menghormati keputusan mereka untuk meneruskan kerjaya secara profesional dan kami telah bersetuju untuk melepaskan mereka pada 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan Sze Fei dan Nur Izzuddin berhasrat untuk meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Iklan

Sze Fei dan Nur Izzuddin sebelum ini berpisah pada Januari tahun lepas sebelum disatukan semula enam bulan kemudian.

Pasangan itu hari ini berjaya meloloskan diri untuk ke final Terbuka Jepun 2024 selepas mengecewakan pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana 21-19, 21-17 pada aksi separuh akhir di Arena Yokohama sebentar tadi. - Bernama

Iklan