Bekas penyerang Kedah, Faridzuan alami komplikasi usus

Iklan
Faridzuan dimasukkan ke HSB sejak Rabu lalu. Faridzuan pada zaman kegemilangannya bersama Kedah pada tahun 90-an. Foto FB Peminat Bola Sepak Kedah

BEKAS penyerang Kedah era 90-an, Faridzuan Che Hamid dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sejak Rabu bagi merawat komplikasi usus yang dialaminya.

Rakan seperjuangan Faridzuan yang juga bekas pemain Kedah, Mohd Farouk Ismail berkata, sebelum ini, legenda Hijau Kuning itu telah dirujuk ke sebuah hospital swasta di Alor Setar pada minggu lalu berkaitan masalah kesihatan yang sama.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bekas pemain berusia 53 tahun itu kemudiannya dirujuk ke HSB bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital berkenaan.

"Apa yang dimaklumkan oleh keluarga terdekatnya kepada saya adalah Faridzuan bakal ditidurkan di wad ICU HSB pada Ahad bagi meneruskan proses rawatan ditetapkan berkaitan masalah usus yang dihadapinya," katanya pada Sabtu.

Iklan

Keadaan Faridzuan yang dimasukkan ke hospital mula tular di media sosial sejak beberapa hari lalu malah mendapat perhatian penyokong setia Kedah yang mendoakan kesihatan bekas pemain tersebut.

Faridzuan semasa bersama Kedah telah membantu Hijau Kuning merangkul naib juara Piala Malaysia 1992, juara Liga Divisyen 1 pada 1993, juara Piala Malaysia 1993 dan Juara Piala Sumbangsih 1994.

Iklan

Selepas bersara daripada bola sepak, beliau yang merupakan anak kelahiran Pulau Tuba, Langkawi kemudiannya terlibat dalam dunia usahawan dan memfokuskan kepada sektor pembinaan dan penyediaan makanan.