Mayat 27 mangsa nahas bas dibawa pulang melalui jalan darat, udara

Iklan
Sebuah bas persiaran dari Uttar Pradesh, India tergelincir dari lebuh raya dan terhumban ke dalam Sungai Marsyangdi di tengah Nepal, mengorbankan 27 orang dan mencederakan 16 yang lain. Foto REUTERS

NEW DELHI - Mayat 27 warga India yang terbunuh dalam kemalangan bas di Nepal akan dibawa pulang ke India pada Sabtu, menurut pegawai, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku pada Jumaat selepas sebuah bas persiaran dari Uttar Pradesh, India tergelincir dari lebuh raya dan terhumban ke dalam Sungai Marsyangdi di tengah Nepal, mengorbankan 27 orang dan mencederakan 16 yang lain.

Iklan
Iklan

Dua puluh empat daripada mangsa yang terkorban telah dikenal pasti sebagai penziarah dari negeri Maharashtra, barat India.

"Selepas bedah siasat, pihak berkuasa Nepal akan menyerahkan mayat-mayat itu kepada pegawai India, yang akan membawa mereka ke Gorakhpur di Uttar Pradesh melalui jalan darat. Dari sana, mereka akan dihantar ke Nashik menggunakan pesawat yang diatur khas oleh Tentera Udara India dan kemudian diserahkan kepada keluarga masing-masing,” kata seorang pegawai.

Iklan
Iklan

Bas malang yang membawa penumpang kebanyakannya dari Daerah Jalgaon, Maharashtra itu sedang dalam perjalanan ke ibu negara Nepal, Kathmandu dari pusat peranginan pelancong pergunungan di Pokhara. Bagaimanapun, ia terlibat dalam kemalangan di Daerah Tanahun, kira-kira 110 km ke barat Kathmandu. - Bernama