Final Piala FA: Tiada provokasi, penyokong tenang

Iklan
Anggota polis mengawal pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil bagi aksi final Piala FA antara Selangor FC dan JDT malam ini.

KUALA LUMPUR - Polis perketat dan mengawal rapi Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini sempena perlawanan akhir Piala FA antara Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Sabtu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati elemen rondaan dilaksana termasuk di pekarangan stadium dan laluan trafik.

Iklan
Iklan

Setakat jam 6 petang, kelihatan pegawai dan anggota polis yang lengkap beruniform sentiasa bersiap siaga melaksanakan pemantauan di setiap kawasan pekarangan.

Tinjauan juga mendapati tiada provokasi yang mencetuskan ketegangan antara penyokong Selangor dan JDT.

Iklan
Penyokong pasukan JDT beratur untuk memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu

Para penyokong kedua-dua pasukan bergerak masuk ke dalam stadium dengan semangat berpasukan.

Seramai 2,488 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan kedua-dua pasukan.

Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya akan memastikan kelancaran lalu lintas dan mengelakkan sebarang kekecohan.

Antara barangan larangan mercun, suar, topi keledar, sebarang objek tajam, minuman keras, payung, pemetik api, rokok dan rokok elektrik, drone, wisel serta pembesar suara.