Final Piala FA: Unit berkuda kawal keselamatan curi tumpuan penyokong

Iklan
Unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) antara elemen digerakkan bagi memastikan suasana sekitar perlawanan akhir Piala FA 2024. Foto Sinar Harian/ ASRIL ASWANDI SHUKOR

KUALA LUMPUR - Unit berkuda dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) antara elemen digerakkan bagi memastikan suasana sekitar perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil berjalan dengan lancar pada Sabtu.

Unit berkuda ini digerakkan melakukan rondaan di sekitar kawasan stadium selain kawasan menjadi tumpuan penyokong.

Iklan
Iklan
Unit berkuda digerakkan melakukan rondaan di sekitar kawasan stadium selain kawasan menjadi tumpuan penyokong.

Kehadiran unit berkuda ini turut mencuri tumpuan penyokong yang turut sama tidak melepaskan peluang mengambil kuda berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 2,488 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan semasa perlawanan akhir Piala FA 2024 membabitkan kedua-dua pasukan.

Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya akan memastikan kelancaran lalu lintas dan mengelakkan sebarang kekecohan.

Iklan